Want your
own Fotopage?






 
duniaku....

By: Mohd Farid Ismail

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 28-Jul-2007 08:12 Email | Share | Bookmark
Lake Geneva & Stechelberg




Al-Kahf
Kemudian dia berpatah balik menurut jalan yang lain. (92) Sehingga apabila dia sampai di antara DUA GUNUNG, dia dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka tidak dapat memahami perkataan. (93) Mereka berkata: Wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka? (94)

Al-Ghashiya
Tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan? (17) Dan keadaan langit bagaimana ia ditinggikan binaannya.? (18) Dan keadaan GUNUNG-GANANG bagaimana ia ditegakkan? (19) Dan keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan? (20) Oleh itu berikanlah sahaja peringatan (wahai Muhammad, kepada manusia dan janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya), kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan. (21)

Al-Waqia
Apabila berlaku hari kiamat itu, (1) Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya. (2) Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar) dan meninggikan (golongan yang taat). (3) (Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebenar-benar goncangan. (4) Dan GUNUNG-GANANG dihancur leburkan dengan selebur-leburnya, (5) Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran, (6)

At-Takwir
Apabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap). (1) Dan apabila bintang-bintang gugur berselerak. (2) Dan apabila GUNUNG-GANANG di terbangkan ke angkasa (setelah dihancurkan menjadi debu). (3)


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.